Sunday, 18 May 2014

Salam Semua,
TIDAK MAHU MEMBUANG MASA KE BENGKEL SEMATA-MATA UNTUK MENUKAR MINYAK HITAM DAN REPAIR KERETA ANDA? ANDA TERPAKSA AMBIL CUTI UNTUK KE BENGKEL??
Kini anda TIDAK LAGI perlu melakukan semua itu.
KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA!!!!!!
Kami menyediakan perkhidmatan servis kenderaan secara bergerak @ mobile. Kini anda tidak perlu risau, tidak perlu mengambil cuti@time off semata-mata untuk ke bengkel. Anda jugak tidak lagi perlu menghabiskan masa hujung minggu anda dibengkel.
Kami juga ada menyediakan perkhimatan pick and drop. Kalau kereta anda mempunyai masalah yang kritikal, kami akan bawa kereta anda ke bengkel kami secara percuma, anda tidak lagi perlu membuang masa untuk menghantar kenderaan anda.Biar kami uruskan kenana ia adalah TANGGUNGJAWAB KAMI.
Sebarang pertanyaan atau tempahan, anda boleh hubungi Adam di talian 016-2185854 atau Wan 012-3412454
**PROMOSI HEBAT YANG SEDANG BERLANGSUNG SEKARANG, KHAS UNTUK SEMUA PELANGGAN KAMI.
-Servis 5x percuma 1x
-Warranty selama 6 bulan untuk semua "spare part" daripada bengkel kami.
Sila like page kami
Anda tidak lagi perlu risau.

Regards,

D’ ARC Service Centre

Wednesday, 26 February 2014

Jemput datang ke page kami..

https://www.facebook.com/DArcServiceCentre?ref=hl

Wednesday, 12 June 2013

Monday, 28 January 2013


Tip Jimat Minyak Kereta – 3 Rahsia Cara Pemanduan


Sebagai pemilik laman web yang membekalkan maklumat berkenaan industri automotif, tim kami pernah diajukan dengan soalan-soalan menarik daripada para pembaca dan orang sekeliling.
Tip Jimat Minyak Kereta - Autoviq
Satu daripadanya adalah tip jimat minyak kereta. Ramai pemilik kenderaan cenderung untuk mengetahui tip ini. Lebih-lebih lagi apabila pihak kerajaan baru sahaja mengumumkan kenaikan harga minyak.
Artikel kali ini akan membuka mata kita mengenai cara-cara untuk menjimatkan minyak kereta. Cara ini juga bukan cara ‘hitam’ yang menggunakan sebarang trik, bahan, atau mana-mana bahagian dalaman kereta.

Cara Memandu Memberi Kesan Pada Penggunaan Minyak Kereta

Kebanyakan pemandu kereta tidak mengambil endah tentang cara pemanduan kereta. Sedangkan ini adalah satu daripada faktor penting dalam tip penjimatan minyak kereta.
Tip Jimat Minyak Kereta - Cara Pemanduan
Buat pengetahuan para pembaca, terdapat beberapa cara pemanduan yang memberi kesan yang besar terhadap penggunaan minyak kereta kita.
Antaranya adalah:
  1. Kelajuan statik.
  2. Penggunaan gear.
  3. Kawalan stereng.
#1 – Kelajuan Statik – Kurang Pecutan Mengejut
Apabila kita memandu menggunakan kelajuan yang statik di jalan raya, ia sangat membantu untuk menjimatkan minyak. Ini kerana ia mengurangkan pecutan mengejut.
Dalam masa sama, penggunaan brek yang minimum juga mendorong kepada penjimatan minyak kereta.
Penambahbaikan dari segi teknologi untuk membendung isu ini adalah menerusi fungsi ‘auto cruise‘ dan gear ‘overdrive‘.
#2 – Penggunaan Gear – Rendah atau Tinggi?
Penggunaan gear memainkan peranan dalam isu penjimatan minyak kereta ketika memandu. Justeru itu, sentiasa peka dan pilih gear yang sesuai apabila memandu di jalan raya.
Biasanya kesilapan yang dilakukan di sini adalah pengguna kereta menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi. Ini menyebabkan pembaziran minyak.
#3 – Kawalan Stereng – Jangan Usik-usik
Kurangkan penggunaan stereng kereta ketika memandu di jalan yang lurus. Perbuatan mudah ini dapat meminimumkan geseran tayar dengan permukaan jalan.
Sekaligus mengurangkan tekanan enjin untuk menggerakkan kereta.

Tip Jimat Minyak Kereta – Amal dan Rasai Sendiri

Semoga perkongsian kami dalam artikel kali ini memberikan manfaat yang banyak kepada pemilik kenderaan. Peningkatan harga minyak petrol khususnya sentiasa menggugat rakyat.
Tip Jimat Minyak - 3 Rahsia Untuk Diamalkan
Justeru itu, kita punya pilihan. Memilih untuk membazirkan minyak atau mengamalkan tip-tip mudah seperti yang dikongsikan di atas. Kemudian rasai kuasa penjimatan itu sendiri.
Dalam artikel-artikel akan datang, tim Autoviq akan berkongsi lebih banyak tip menjimatkan minyak kereta dari pelbagai perspektif.